Rabu, 30 Disember 2015

Alhamdulillah dapat buat blog ni......admin akan buat terbaik dalam meningkatkan nilai detektif dalam diri rakyat Malaysia...hahaha............

Ada kes buat Detektif Malaysia...

Kes 1:Villa Virkode



Di suatu kota yang aman dan damai, tiba-tiba terjadi sebuah kes pembunuhan  yang menggemparkan di sebuah rumah mewah. Seorang pengkaji kod  bernama Prof. Zainal (22 tahun) ditemukan terbunuh berlumuran darah dengan dua tusukan di badannya. Di tempat kejadian tidak ditemui sebarang  senjata tajam yang digunakan pembunuh  untuk membunuh mangsa. Waktu kejadian adalah 22.00. Mangsa meninggalkan sebuah mesej kematian berupa kod. Kod tersebut tidak difahami  oleh para polis mahu pun kerabatnya.Berikut adalah kod  yang ditulis oleh mangsa:
VJ17O3U

Terdapat tiga orang suspek  yang disangka sebagai pembunuhnya.
1. Andrew (21 tahun). Pada waktu kejadian, berada di hotel Lawn sendirian sedang menonton TV.
2. Khairi (18 tahun). Pada waktu kejadian, sedang tidur di rumahnya.
3. Thomas (20 tahun). Pada waktu kejadian, sedang membuat skrip di kediamannya.

Motif masing-masing suspek:
-Andrew: Pernah dihina oleh mangsa dan dipermalukan di depan umum.
-Khairi:Bekas  kekasih mangsa,ditolak mentah-mentah
-Thomas: Mengambil karya Thomas sebagai karya miliknya.

Seorang kerabat pernah menanyakan kod yang selalu dibuat oleh mangsa.Mangsa  hanya menjawab, ”2 langkah lebih baik, tapi vokal yang baik ditentukan oleh urutan angka.” Kerabat itu  yang masih bingung kemudian bertanya tentang petunjuk lain. Kata  mangsa, "Lebih baik kurangkan  2 katamu dan juga angka atau vokal sama mengikutnya."

Sherlock Holmes yang dipanggil untuk membantu polis, dapat memecahkannya. Siapa pembunuhnya?